Sabtu, 12 November 2011

BENTUK AWAN LENTICULAR YANG UNIK


Lenticular Clouds adalah sejenis awan yang unik yang biasanya terbentuk di sekitar bukit-bukit dan gunung-ganang akibat daripada hasil pergerakkan udara di kawasan pergunungan itu. Awan ini terlihat cukup berbeza, seperti sebuah piring terbang raksasa atau sesuatu yang seperti tumpukan miring pancake. Banyak gunung terkenal di seluruh dunia sering kali difotokan dengan keindahan awan lenticular di langitnya, termasuk Gunung Shasta dan Gunung Fuji. 

Anda juga mungkin pernah mendengar awan ini disebut sebagai lenticularis altocumular. Awan ini terbentuk ketika arus udara lembab dipaksa naik ke atas ketika ia dihantar melalui pergerakkan angin ke sesebuah gunung, menyebabkan air memeluwap dan membentuk awan. Kadang-kadang hawa udara dipaksa menjadi pola gelombang, menghasilkan apa yang dikenali sebagai awan gelombang. Awan gelombang dapat dilihat seperti cakera yang menyebar keluar daripada sisi bawah angin gunung. Awan ini juga dapat membentuk gelombang miniatur yang kadang-kadang tampak persis seperti laut berombak.

Satu perkara yang menarik tentang awan lenticular ini adalah bahawa ia kelihatan seperti tidak berpecah dan kelihatan seperti membeku. Namun hakikatnya adalah tidak sedemikian. Awan ini kelihatan statik kerana aliran udara lembap terus menerus memberikan wap udara yang termeluap dari sisi atas angin bahkan sebagai air yang mengeluap dan akan lenyap dari sisi bawah angin. Awan Lenticular dapat dilihat seperti sedang melayang-layang selama berjam-jam atau hari, sehingga perubahan angin atau cuaca dan awan menyebar lalu berpecah.



Mengamati dan mengenal pasti awan lenticular umumnya cukup mudah, kerana bentuk awannya sangat jelas. Jika anda pernah melihat awan yang kelihatan seperti piring terbang, kanta, atau baret raksasa, bermakna ketika itu anda sedang melihat awan lenticular. Jika anda melihat disekeliling persekitaran awan, anda mungkin dapat melihat ciri-ciri geografi yang berbukit bukau yang mampu mencipta keadaan yang mengarahkan pada pembentukan awan lenticular. Jika anda tidak melihat gunung atau bukit, ada kemungkinan arus hawa udara bergerak pada arah yang berlawanan untuk mencipta awan gelombang. 

Ramai orang yang telah menikmati dan memotretkan awan lenticular kerana awan itu tidak dilihat di tempat kediaman mereka dan ia merupakan suatu pengalaman sangat menakjubkan. Jika anda kebetulan tinggal berdekatan gunung yang sering dibungkus dengan awan lenticular, anda mungkin dapat memotretkan awan tersebut setiap hari, melihat cara pergerakkan awan dan perubahan awan yang terjadi atas faktor cuaca. Setelah beberapa tahun, anda mungkin mendapati diri anda mampu membuat ramalan cuaca berdasarkan kedudukan, kewujudan, dan bentuk awan. Malah awan lenticular bukan lagi sesuatu yang unik bagi diri anda sendiri selepas itu.

Saksikanlah koleksi gambar bentuk² awan lenticular yang menarik ini di bawah. Semoga kita bersyukur!

















WAW!!! ASAL USUL ZOMBIE


Gambar Sekadar Hiasan

Zombie sebenarnya berasal dan muncul dari Pulau Haiti di Karibia. Mereka adalah orang² yang hampir mati, lalu dihidupkan kembali dari tubuh yang hampir mati tersebut oleh para pendita/dukun Voodoo (melalui ilmu ghaib/supernatural suku-suku indian dengan menggunakan mantera-mantera tertentu). Zombie² ini biasanya digunakan sebagai budak suruhan/hamba abdi selama sisa² hidup mereka. Seperti halnya dengan manusia normal, zombie juga dapat bergerak, makan, mendengar, dan berbicara, namun mereka tidak memiliki daya ingatan dan matlamat serta wawasan dalam diri mereka. Sebaliknya mereka hanya menjadi seperti haiwan peliharaan yang diarahkan mengikut telunjuk ketuanya yang terdiri daripada kalangan manusia normal.

Lagenda berkenaan zombie ini telah wujud selama berabad-abad, namun sekitar tahun 1980 barulah muncul sebuah kes baru yang didokumentarikan berkaitan dengan zombie. Peristiwa ini dimulai pada tahun 1962 di Haiti. Seorang lelaki yang bernama Clairivius Narcisse telah dijual kepada salah seorang Dukun Voodoo oleh saudara lelakinya sendiri kerana Clairvius menolak untuk menjual tanah wasiat bahagiannya yang merupakan warisan keluarganya. Maka setelah dijual, Clairvius dilakonkan sebagai telah meninggal dunia dan dikuburkan kononnya sebagai mayat. Namun, hakikat sebenarnya ialah Clairvius tidaklah mati, dia hanya 'dimatikan' selama beberapa jam untuk 'dibangkitkan' semula sebagai zombie iaitu sebagai budak suruhan/hamba abdi dan dibiarkan bekerja di sebuah ladang tebu bersama para pekerja yang juga merupakan daripada kalangan zombie. Pada tahun 1964, setelah pemilik zombie berkenaan meninggal, para zombie itu akhirnya telah terbebas tanpa sebarang arahan dan mereka telah mengembara melintasi pulau dalam keadaan separuh sedar selama lebih kurang 16 tahun lamanya sebelum mereka ditangkap semula.

Dr.Wade Davis, seorang ahli etnobiologi dari Universiti Harvard, memutuskan untuk pergi Ke Haiti bagi meneliti kebenaran cerita tersebut dan ketika berada disana beliau telah benar² menemui beberapa dukun voodoo yang pernah mempraktikkan cara penciptaan zombie. Asasnya adalah menjadikan mereka seperti mati dan menjadikan mereka seperti gila, sehingga fikiran mereka dapat ditundukkan. Seringkali dukun² tersebut secara diam² memberikan sejenis ubat-ubatan kepada bakal zombie untuk mencapai matlamatnya dalam perkara ini. Cara menjadikan mereka seperti dalam keadaan mati tidaklah seperti apa yang kita bayangkan, misalnya dibacok pakai celurit atau dipukul menggunakan objek tumpul dan sebagainya.

Gambar Sekadar Hiasan
Namun selepas itu dukun² berkenaan menggunakan cara yang cukup unik, iaitu dengan menggunakan campuran kulit katak yang biasa digelar sebagai bufo dan ikan pufer (maka dengan kaedah ini ia telah menjadikan bakal zombie itu kelihatan seperti benar-benar telah mati namun hakikatnya mereka tidaklah mati tetapi mungkin hanya seperti nyawa² ikan sebelum dirawat kembali). Campuran ini dapat ditambah ke dalam makanan, atau disapukan pada kulit, terutama pada kulit yang lembut dan tidak rosak pada bahagian dalam lengan berdekatan dengan siku. Kemudian setelah beberapa minit, bakal zombie tersebut akan terlihat seperti telah mati, dengan nafas dan degup jantung yang sangat lemah serta sukar untuk mengesan degup nadinya. Sudah pasti sesiapa yang melihat mangsa dalam keadaan itu akan menyangka bahawa mangsa sudahpun meninggal dunia walau hakikatnya adalah tidak. Hanya dukun² berkenaan sahaja yang lebih mengetahui keadaan sebenar bakal zombienya itu.

Kemudian, setelah mangsa dikebumikan oleh ahli keluarganya, dukun haruslah perlu menunggu terlebih dahulu selama kira² beberapa jam untuk menggali dan kemudian mengambil semula jasad bakal zombie berkenaan (tetapi ia tidaklah dibiarkan terlalu lama kerana mangsa boleh betul² mati akibat daripada sesak nafas yang berpunca daripada kekurangan oksigen).

Lalu bagaimanakah kaedah yang digunakan oleh para dukun untuk menjadikan mereka gila? Caranya adalah dengan memaksa bakal² zombie itu untuk memakan sejenis pasta yang diperbuat daripada datura (rumput jimsons). Datura ini sifatnya adalah mampu untuk memutuskan hubungan akal dengan realiti kehidupan, dan kemudiannya menghancurkan seluruh ingatan mangsa yang wujud ketika zaman hidup normalnya. Setelah proses kejam itu dilakukan, mangsa yang bakal dijadikan zombie itu akan kelihatan kebingungan, meraka tidak akan tahu ini hari apa, di mana mereka berada, bahkan dirinya sendiri ia tidak akan kenali. Maka telah selesailah proses penciptaan zombie yang dibuat untuk dijadikan budak suruhan/hamba abdi di ladang² perkebunan. Zombie² ini akan tetap terus diberikan datura jikalau didapati perasaan dan ingatan mereka seakan² kembali pulih. 

Maka hakikat kebenarannya bahawa zombie yang sebenarnya wujud itu bukanlah seperti yang digambarkan atau diwayangkan didalam video² game mahupun didalam filem² yang umumnya menceritakan bahawa zombie terjadi apabila ia mati dan hidup kembali menjadi seperti vampire² china yang mampu bangkit semula setelah mati, lalu berjalan, dan kemudian dapat bergerak untuk menyerang manusia bagi meminum darahnya. Pernyataan itu adalah sama sekali satu kesalahan besar kerana zombie yang sebenarnya adalah seperti yang telah diceritakan di atas.

Gambar Sekadar Hiasan
Maka tentu timbul persoalan bagaimanakah analisa kimia atau pembuktian kajian sains terhadap proses penciptaan Zombie seperti di atas?

Telah kita ketahui bahawa para dukun voodoo menggunakan kulit katak bufo dan ikan pufer untuk membuatkan seseorang itu menjadi zombie. Kenyataanya kulit katak jenis bufo itu sangatlah berbahaya, terdapat beberapa kandungan kimia yang bersifat racun yang jika diberikan kepada seseorang ia boleh membunuh dan nama bahan kimia itu adalah biogenetik amina, bufogenin, dan bufotoksin. 

Sedangan ikan pufer pula lebih dikenali di Jepun dengan nama Fugo. Ikan ini juga mempunyai racun dan racunnya itu dikenali sebagai âtetrodotoksinâ. Racun ini akan menyerang sistem saraf yang juga boleh mengakibatkan berlakunya kematian. Untuk menghilangkan rasa kesakitannya sahaja memerlukan 160.000 kali ganda lebih kuat daripada kokain. Memakan ikan jenis ini boleh mengakibatkan âKeblingerâ dikeranakan oleh kandungan racunnya. Di Jepun, ramai orang yang telah mati setelah menjadikan ikan daripada spesis ini sebagai salah satu santapan mereka. Pada umumnya selepas toksik tersebut berada di dalam badan, ia dengan pantasnya akan masuk ke saluran darah dan menurunkan suhu badan serta tekanan darah. Selain daripada itu, ia juga boleh menyebabkan orang yang memakannya berada didalam keadaan koma selama beberapa ketika.

Sementara datura pula adalah sejenis tumbuhan rumput jimson (nama latinnya adalah brugmansia candida). Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia atropin, hyoskiamin dan skopolamin yang akan menyebabkan berlakunya kehilangan daya ingatan. Bahkan jika diberikan terlalu banyak, lumpuh tubuh badan atau kematian boleh terjadi. Dukun² voodoo yang memberikan bahan² kimia di atas haruslah cukup kuat dan berkemampuan untuk membuat perkiraan dos yang sesuai dan secukupnya pada manusia yang mahu dijadikan zombie itu supaya tidak pula berlaku kematian kepada bakal zombie berkenaan.

MANUSIA ANEH ZAMAN PURBA





PARA PENYELIDIK dan saintis di Universiti New England, New South Wales, Australia, tergamam sebaik sahaja melihat beberapa tengkorak dan tulang aneh yang dijumpai tersembunyi di gua Liang Bua, Kepulauan Flores, pada 2003.

Dengan penuh kehairanan, mereka meneliti tengkorak misteri yang ditemui bersama fosil tikus raksasa, komodo dan gajah kecil sepanjang kerja² arkeologi di gua itu. Ini kerana bentuk tengkorak itu sama seperti tengkorak manusia moden tetapi saiznya lebih kecil.

Kajian lanjut kemudiannya mendapati bahawa tengkorak dan tulang itu berasal daripada manusia purba yang digelar sebagai ‘homo floresiensis’ yang wujud kira-kira 13,000 tahun lampau. Seterusnya penemuan itu telah mengundang pelbagai persoalan misteri mengenai kemungkinan wujudnya pelbagai spesies manusia aneh pada zaman dulu, yang bentuk fizikal mereka adalah berlainan sama sekali dengan anatomi manusia moden (digelar homo sapiens) pada hari ini.

Sebenarnya, tengkorak dan tulang homo floresiensis yang turut digelar sebagai ‘Hobbit’ itu bukanlah laporan penemuan pertama membabitkan tengkorak dan kerangka aneh yang dijumpai di seluruh dunia. Laporan mengenai penemuan tengkorak yang berbentuk pelik dan berlainan dengan tengkorak manusia moden, sudah mula dilaporkan sejak ratusan tahun lalu sekali gus mencetuskan pelbagai misteri dan enigma yang tidak berkesudahan sehingga kini.

Pelbagai teori dikemukakan menerusi penemuan kerangka dan tengkorak aneh berkenaan antaranya adalah tengkorak dan fosil yang dijumpai itu bukanlah milik manusia tetapi meruapakan tinggalan makhluk asing yang sudah mati. Teori lain pula menyokong dakwaan bahawa wujudnya pelbagai spesies manusia yang berlainan bentuk fizikal di dunia ini pada zaman purba tetapi akibat sebab tertentu spesies itu sudah pupus dan meninggalkan manusia daripada jenis homo sapiens saja pada masa kini.

Kepercayaan mengenai wujudnya spesies manusia aneh pada zaman purba itu disokong pula dengan cerita legenda penduduk setempat, contohnya penduduk Pulau Flores percaya rangka homo floresiensis yang dijumpai pada 2003 adalah makhluk kerdil berbulu ‘Ebu Gogo’ yang mendiami pulau itu pada zaman purba.

Rekod penemuan paling aneh mungkin berlaku sekitar 1800an apabila sebuah rangka dan tengkorak misteri ditemui tersembunyi di sebuah makam kuno dekat kota Sayre, Bradford County, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Tidak seperti tulang belulang manusia homo sapiens pada hari ini, kerangka dan tengkorak yang ditanam pada kedalaman 1200 kaki itu bertubuh besar, tinggi malah paling mengejutkan adalah di bahagian kening tengkorak berkenaan terdapatnya sepasang tanduk!


Pada 1888 pula, tujuh kerangka dalam posisi duduk ditemui di sebuah kubur di Clearwater, Minnesota, AS. Tengkorak makhluk yang dijumpai itu memiliki dua baris deretan gigi pada rahang atas dan bawah. Selain itu, dahinya lebih pendek dan miring jika dibandingkan dengan tengkorak manusia yang lazim pada masa sekarang.

Meniti masa² mendatang, sebuah lagi tengkorak aneh ditemui pada 1911 di Lovelock, Nevada, AS apabila pekerja yang sedang melakukan penggalian di kawasan itu secara tidak sengaja menemui mumia berbentuk menyerupai tubuh manusia.

Bagaimanapun, mumia itu bertubuh gergasi malah masih terdapat sisa rambut berwarna merah di kepalanya. Di kalangan penduduk setempat, mumia itu dikaitkan dengan legenda kuno suku Indian Paiute yang menceritakan wujudnya manusia gergasi berambut merah iaitu ‘Si-te-cahs’ dan gergasi itu menjadi musuh suku Indian di daerah berkenaan.

Sebuah tengkorak aneh juga ditemui di Chihuahua, Mexico pada 1930, di mana bahagian belakang tengkorak itu melebar sedangkan rongga matanya besar. Akhir 1999, hasil pengujian DNA mendapati tengkorak itu adalah daripada jenis manusia.

Dua belas tahun lalu, penyelidik, Robert Connolly tampil mengemukakan foto tengkorak aneh berbentuk lonjong yang ditemui di Nazca, Peru di mana kawasan gurun itu juga adalah salah satu lokasi misteri yang memiliki ratusan lukisan raksasa aneh di permukaan tanahnya.

Tengkorak itu dirakamkan oleh Robert Connolly dikatakan sudah mencapai usia puluhan ribu tahun. Lelaki itu turut melaporkan penemuan kerangka aneh lain yang bentuknya sama dengan manusia moden kecuali tengkorak kepalanya besar pada bahagian cranium manakala rongga matanya lebih lebar. Ada pihak yang mempercayai bahawa bentuk aneh pada tengkorak itu dilakukan menerusi proses primitif ‘mengikat tengkorak’ di mana seseorang itu menekup kepalanya dengan ketat menggunakan pakaian atau alat tertentu selama tempoh yang amat lama. Proses itu menyebabkan kepala akan membesar mengikut bentuk alat berkenaan, sama seperti amalan kaum Padaung di sempadan Myanmar dan Thailand yang memanjangkan leher mereka dengan melilit besi di leher masing-masing terus menerus.


Tengkorak aneh juga dilaporkan banyak ditemui di gua-gua sekitar gunung kapur Filipina, antaranya di Bohol, Pergunungan Palaupau, Sumilio, Bukidnon dan pada beberapa tempat di Agusan.Tengkorak-tengkorak ini masing-masing hanya memiliki satu rongga mata di bahagian dahinya.

Pihak berkuasa Filipina pada Februari 2002 menyatakan bahawa rongga mata tersebut terbentuk secara semulajadi tetapi kenyataannya adalah tidak ada lagi sepasang rongga mata sebagaimana lazimnya manusia biasa selain hanya terdapat satu sahaja di bahagian dahinya. (Wallahualam, belum dapat disahihkan)

Sepanjang laporan penemuan pelbagai tengkorak dan kerangka aneh berkenaan, ada juga pihak tertentu yang sengaja mengada-adakan cerita kononnya tengkorak misteri sudah dijumpai di sesuatu tempat. Antaranya laporan penemuan gambar rangka manusia gergasi di Arab Saudi dan gambar berkenaan tersebar luas menerusi internet sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, siasatan mendapati gambar rangka dan tengkorak berkenaan adalah palsu dan dibuat menggunakan perisian komputer iaitu Photoshop.

FAKTA
Teori mengenai penemuan tengkorak aneh
  • Wujud spesies manusia aneh yang berbeza keadaan fizikal dengan manusia homo sapiens, pada zaman purba.
  • Tengkorak aneh itu dapat dibuat menggunakan proses primitif ‘mengikat tengkorak’.
  • Ada gambar tengkorak adalah palsu dan dibuat menggunakan komputer dan ceritanya diperbesarkan. 

Hewan dengan kekuatan super

Kumbang Dengan Kekuatan Superman

Benar-benar luar biasa, Onthophagus taurus, sejenis kumbang kecil bertanduk bisa mengangkat beban yang beratnya 1.141 kali berat badannya! Itu sama saja dengan satu orang yang mampu mengangkat 12 bis, yang penuh berisi penumpang! Wah itu sih sama aja kayak cerita Superman. Kok bisa sekuat itu ya? Bagaimana dengan kekuatan ototnya? Darimana energinya?
http://www.livescience.com/animals/worlds-strongest-insect-100323.html

Cacing X-Men

Cacing ini sangat mengagumkan. Cacing Planaria (flat worm), bila sebagian kecil saja tubuhnya dipotong, sampai 1/279 bagian, maka potongan kecil itu bisa tumbuh jadi cacing baru yang utuh! Tokoh komik Wolverine bila tubuhnya terpotong atau terluka, maka ia akan dengan seketika menyembuhkan dirinya sendiri dan tubuhnya akan kembali sempurna. Tapi cacing planaria ini sepertinya bisa lebih dahsyat.http://www.wired.com/medtech/genetics/news/2005/05/67404

Ubur-Ubur yang Bisa Hidup Selamanya





Sepertinya tidak mungkin. Kok ada makhluk hidup yang bisa hidup selamanya. Tapi ubur-ubur ini, Turritopsis Nutricula, ternyata setelah dewasa dan kawin, bisa meregenerasi seluruh selnya, menjadi muda lagi. Proses regenerasi sel ini dalam sains disebut transdiferensiasi (transdifferentiation). Dan ini bisa mereka lakukan terus menerus. Artinya, mereka tidak akan menjadi tua, tetap muda terus, dan secara biologis tidak akan mati.

Transdiferensiasi berarti sel yang mencapai tahap tertentu, bisa berubah menjadi sel lain, yang lebih baru dan muda. Sama seperti Salamander atau cecak yang bisa mengganti bagian tubuhnya yang rusak, ubur-ubur ini mampu meregenerasi seluruh sel-sel tubuhnya menjadi muda kembali.


Lebah, Seharusnya Tidak Bisa Terbang



Tubuhnya terlalu besar, dan sayapnya terlalu kecil. Secara fisik, dan fisika, seharusnya lebah tidak bisa terbang. Tapi toh lebah tetap terbang. Kok bisa sih? Apa sih rahasianya? Terutama karena sayap lebah mampu mengepak dengan kecepatan ekstrim, mencapai 230 kali per detik! Bagaimana ototnya bisa begitu kuat? Belum tahu, mungkin karena lebah suka minum madu mungkin ya?
http://www.physorg.com/news8616.html


Pejantan yang Hamil


Kuda laut mungkin adalah satu-satunya makhluk hidup yang jantannya bisa hamil. Ini dimungkinkan karena dalam dunia kuda laut, wanitanyalah yang mencari nafkah... (okay i’m kidding).


So Cute, Terribly Deadly



Hanya satu miligram saja, racunnya bisa membunuh 10 sampai 20 orang! Golden Poison Frog, Phyllobates terribilis, kodok mungil nan cantik dan imut ini, adalah salahsatu makhluk paling mematikan di dunia. Racunnya itu, ada di lendir yang menutupi tubuhnya, jadi jangan, jangan pernah tergoda untuk memegangnya! Kalau anda terkena racunnya, dalam hitungan menit jantung anda akan segera berhenti bekerja, dan kemungkinan besar anda akan segera melihat surga (atau tempat satunya lagi yang tidak terlalu menyenangkan).

Kodok ini juga mempunyai kemampuan super, yaitu mampu melompat sampai sejauh 50 kali panjang tubuhnya. Seandainya manusia bisa melakukan itu, kita tidak perlu mobil atau motor untuk ke kantor ya..
Binatang Dengan Listrik Biologis


Belut listrik besar, Electrophorus electricus yang panjangnya lebih dari 1,5 sampai 2 meter, mempunyai kekuatan menghantarkan listrik sampai 600 Volt. Ini bisa melumpuhkan kuda dan manusia, bahkan sampai berakibat fatal.
Mereka mempunyai organ listrik yang terdiri dari rangkaian 6000 sel mini bernama electrocytes, yang digunakan untuk menghantarkan listrik dari skala rendah 5 volt, sampai yang tertinggi 600 volt. Listrik kecil selain digunakan untuk melumpuhkan ikan-ikan kecil yang menjadi makanan mereka, juga digunakan untuk navigasi saat berenang dalam sungai yang keru

7 Ikan teraneh di dunia

1.Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)

Ikan ini termasuk dalam genus anablepidae yaitu ikan yang hidup di muara sungai bagian selatan Mexico hingga bagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau. Mereka memiliki mata yang terletak di bagian atas kepala dan terbagi dalam dua bagian yang berbeda, sehingga mereka dapat melihat bagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang bersamaan. Ikan ini sebenarnya hanya memilki 2 buah mata, namun kedua matanya yang terletak di bagian aras kepala terbagi menjadi 2 bagian, yakni bagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis. setiap bagian mata memiliki pupilnya sendiri. bagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. ketebalan lensa mata bagian atas dan bawah pun berbeda, semakin ke bawah semakin tipis.

2 ikan kelelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)
ikan ini terlihat seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai tumbuh dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan terlihat menarik bagi mangsanya.

3 spookfish (ikan hantu)
Ikan ini memiliki wajah yang cukup menyeramkan ..
cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye

4 Barreleye Fish – genus Macropinna microstoma (Ikan Kepala Transparan)

Masih satu keluarga dengan ikan hantu, ikan ini memiliki kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya terlihat jelas dari luar. Terdapat dua gundukan warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua “benda kuning” itu terlihat serat-serat berwarna krem seperti jaringan daging yang sudah pucat. Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat dia tetap seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembus kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat dia tak terlihat dengan jelas oleh hewan-hewan di sekitarnya. Hewan pemangsa maupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak bisa melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat keatas karena matanya dapat diputar lurus ke sepan ataupun ke atas. . Ini sangat menakjubkan. Para peneliti percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang memungkinkan untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang berpedar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan favoritnya. Lantas, apa fungsi kedua ‘matanya’ yang terdapat di depan? Menurut para ahli, sesungguhnya kedua mata ikan itu adalah nales, indra penciuman seperti lubang hidung manusia Barrelfish memiliki kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada sebuah selaput kecil. Apabila kristal cair itu rusak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan kondisi itu akan membunuhnya. Sebab, kita tahu bahwa tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat dan mematikan.

5 Flying Fish (Ikan Terbang)


Exocoetidae atau ikan terbang adalah familia ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan terbang ditemukan di semua samudra utama, terutama di perairan tropis dan subtropis di samudera Atlantik, Pasifik dan Hindia. Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar, memungkinkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa. Peluncuran mereka biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400m

6 Ikan Bergigi dan Lidah Manusia

Ikan Bergigi Manusia. Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut bukan kepalang ketika ikan yang berhasil ditangkap itu, malah mengigitnya kencang. Dia tentu saja menjerit dan setelah diperiksa gigi ikan ini mirip gigit manusia. Seperti dilansir web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum lama melempar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut. Frank girang bukan kepalang karena ikan yang terjerat itu sungguh besar. Warnanya gelap dan memiliki berat sekitar 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menduga itu adalah ikan lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa kaget dan menjerit karena didigit kencang seperti digigit manusia. Setelah diperiksa ikan itu memang rada langka. Diamemiliki gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di danau itu pada umumnya. Ikan langka itu ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough belum terpikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan di dalam lemari es. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotis. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Departemen Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengkonfirmasi adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misterius itu.

7 Handfish (Ikan Bertangan)

Penampakan ikan ini terlihat sektar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertangan lainnya. Ikan ini tampak ganjil karena tidak berenang dan itu menjelaskan kalau kenapa lokasi ikan ini adanya di dasar lautan. Yang anehnya ikan ini menggunakan “tangannya” yg seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemukan ikan tersebut ada di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dijuluki warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15cm.